Pages

Tuesday 30 May 2017

PUBG

Sementara permainan video lain mengambil masa sehingga bertahun-tahun untuk mengumpul peminat setia, ternyata Player Unknown Battleground menunjukkan sebaliknya apabila begitu mudah menduduki tangga teratas sebagai permainan paling kerap dimainkan di perisian Steam.
Permainan itu yang juga dikenali sebagai PUBG pernah mencatatkan 870,000 pengguna aktif, sekali gus mendahului angka dimiliki Dota 2 (840,000) pada hujung Ogos lalu.
Image result for pubg
Ia juga mencatatkan 10 juta jualan tidak sampai setahun dikeluarkan kepada pengguna. Malah, game itu turut tergolong dalam lima yang teratas di aplikasi Twitch dan mencatatkan jumlah tontonan agak tinggi di YouTube berserta penstriman video dalam kalangan pengguna YouTube serata dunia.
Bagi yang tidak tahu, PUBG adalah permainan tembak-menembak dalam kategori Multiplayer Online Battle Royale yang menempatkan satu hingga 100 pemain dalam sebuah pulau bagi mencari senjata dan kelengkapan untuk membunuh pemain lain.

Image result for pubg
Lebih menarik, pemain dengan jumlah pembunuhan tertinggi, jumlah masa terselamat dan jumlah serangan dikenakan kepada pemain lain akan mendapat mata wang digital atau ‘in game currency’ yang boleh digunakan untuk membeli barangan kosmetik bagi mengubah penampilan karakter mereka.
Related image
Buat sementara ini, ia boleh dimainkan di perisian Steam (PC). Pasaran untuk Xbox One diumumkan akan tiba pada tahun ini manakala bagi Playstation 4 masih belum lagi diumumkan.
Populariti permainan video ini yang naik mendadak mencetuskan idea kepada pembangun lain untuk membangunkan konsep sama contohnya seperti Fortnite Battle Royale.

No comments:

Post a Comment