Pages

Sunday 17 December 2017

Sahabat


Video ini bakal menjadi kenang kenangan buat geng animation. Di mana, dari permulaan pertemuan kita hingga ke akhir ini menggukuhkan lagi perhubungan

credit to Rill Ridzwan

Friday 15 December 2017

Siap Sudah Tesis


Rasa tesis ni lagi bebai dari buat projek final year. Lagi-lagi mencari ayat..haha

Sunday 3 December 2017

Proses Terakhir dalam Animasi

Pada peringkat akhir dalam saluran animasi saya, saya meletakkan tabir yang telah saya buat semasa peringkat pengeluaran dalam garis masa yang disediakan oleh perisian penyuntingan video. Perisian yang saya gunakan untuk menambah kesan ini yang saya fikir adalah Adobe After Effects. Untuk memberi kesan kepada televisyen, saya terpaksa melakukan rotoscoping untuk memberi televisyen sebuah video untuk dipaparkan. Setiap minggu, saya akan membuat kemas kini mengenai kemajuan video saya untuk meneruskan proses penyuntingan animasi saya. Setelah selesai dengan langkah penyuntingan, semua klip video akan ditugaskan semula ke kedudukan masing-masing berdasarkan papan cerita saya. Selepas itu, saya memasukkan kesan peralihan supaya potongan antara video tidak akan sama dengan klip lain sebelum itu.

Friday 10 November 2017

Wan Hazmer Umumkan Studio Permainan Video Beliau, Metronomik


Wan Hazmer, terkenal dikalangan pemain di Malaysia mengumumkan studio pemaju permainan video beliau, Metronomik. Ini adalah studio baharu beilau selepas meninggalkan Square Enix.
Melalui pengumuman beliau di halaman Facebook, nama studio dan tujuan studio tersebut diumum. Mengambil dari frasa Inggeris “metronome”, ianya mempunyai nama yang unik dan dieja didalam Bahasa Malaysia.
“I’m a firm believer that rhythm is a huge part of our lives,… However, considering that games imitate life nowadays, rhythm is sadly under-utilized in videos games, and even its industry as a whole.
“Like how music integrates with gameplay. How individual and collective pace affect production and private lives. How precisely-planned momentum can drive an industry to grow exponentially. And how an open and empty sheet of music can educate young minds.”
Ini tidak bermakna bahawa beliau akan membina permainan yang berdasarkan dari irama atau muzik. Idea disini adalah untuk mengembangkan keserasian audio dan gameplay untuk digunakan didalam permainan video masing-masing. Kita semua mungkin telah menyedari konsep yang serupa namun visi Hazmer ingin pergi lebih jauh.
Metronomik akan ditempatkan di Komune, Bangsar South, sebuah tempat yang sama dimana terletaknya LevelUp Inc, program inkubator oleh MDEC untuk membantu pemaju permainan video kecil / indie di Malaysia. Beliau juga membuka sebuah lagi cawangan (khusus untuk tujuan pejabat perniagaan) di Tokyo.
Jikalau anda rasa anda layak untuk menyertai pasukan Metronomik, mereka juga membuka beberapa posisi untuk kerjaya anda.
Artikel Asal: Gamer Matters

Sunday 5 November 2017

6 Tips Mobile Legends yang Harus Dihafal Para Newbie!

Mobile Legends: Saat ini sudah menjadi game MOBA yang sangat terkenal di kalangan gamer Android. Bahkan disebut-sebut bersaing ketat dengan Vainglory! Dengan ramainya pemain Mobile Legends, maka banyak juga pasti yang masih "newbie"


mobilelegends-03.jpg

1. Spesifikasi Game Mobile Legends

Game MOBA Android ini memiliki spesifikasi minimum sebagai berikut:
  • OS: Android 4.0+,
  • RAM: 1GB+ RAM,
  • CPU: 4-Core

2. Kamu Boleh Membeli Item Secara Manual

 
Semasa bermain, kita boleh membeli Item seperti MOBA-MOBA lain. Namun untuk mempercepat laju permainan, Mobile Legends memberikan pilihan automatik item di kanan atas.
Kalau kamu ingin membeli Item secara manual, tekan saja gambar wang di kanan atas. Itu akan membuka menu baru yang berisi semua Item yang tersedia dalam game.
Jika kamu mau mengubah urutan Item automatik, buka saja halaman Prep di layar utama permainan kemudian pilih Item.

3. Selalu Selesaikan Dailies, Buka Free Chest, dan Kejar Achievement


Untuk mendapatkan bonus item, jangan lupa membuka Free Chest di halaman depan. Kemudian periksa kemajuan Achievement di dengan menekan ikon trofi di bagian atas. Dengan menyelesaikan beberapa tugas, kita akan mendapatkan hadiah seperti Battle Points dan lain-lain.

4. Manfaatkan Rotasi Hero


Kamu harus membuka Hero satu persatu dengan menggunakan Battle Points atau Diamond, namun ada rotasi Hero gratis setiap minggu. Manfaatkanlah waktu-waktu Hero gratis seperti ini untuk mencoba dulu Hero yang sepertinya menarik sebelum membeli mereka.

5. Latih Terus Hero Utamamu


Sebaiknya kuasai dulu Hero yang kamu punya atau sangat inginkan, daripada membuang Battle Points atau Diamond untuk membuka Hero-Hero lain. Kalau kamu bisa memakai Hero favoritmu untuk berbagai situasi, pastinya mempelajari Hero lain akan lebih mudah juga.

6. Hero Paling sesuai 


  1. Layla: Jangkauan serangan paling jauh. Damage besar dan kontrol mudah juga. Wajib memakai Gear untuk meningkatkan Atk Speed.
  2. Balmond: Fighter rasa Tank. Ulti-nya dahsyat pula. Wajib memakai Gear untuk meningkatkan Armor
  3. Eudora: Jarak jauh, Ulti-nya sakit, dan Skill 1 berguna untuk melemahkan HP lawan. Awas Armor-nya tipis. Wajib memakai Gear untuk mengurangi waktu Cooldown.
  4. Miya: Jarak jauh juga, Skill 1 paling keren. Murah dan bahkan mudah dimainkan tanpa Ulti, tapi lemah dalam jarak dekat. Wajib memakai Gear untuk LifeSteal.

Friday 3 November 2017

Kingsman The Golden Circle [Review]



Filem Kingsman pertama sememangnya sebuah filem yang menghiburkan dan kebanyakan orang yang telah menontonnya, rata-rata menyukai filem tersebut. Kini, sekuelnya, Kingsman The Golden Circle, telah mula ditayangkan di pawagam setelah lebih 2 tahun filem pertama ditayangkan dan kami berpeluang menontonnya di pawagam.
Kingsman: The Golden Circle | Watch Movies Online
Setelah “kematian” Harry dalam filem pertama, Eggsy kini telah menjadi seorang agen kanan dalam Kingsman dengan nama agen Galahad (menggantikan Harry). Semuanya baik-baik sahaja sehingga seorang ketua kartel dadah terbesar dunia, bernama Poppy Adams, CEO Golden Circle telah menyasarkan dan menghapuskan semua agen dan ibupejabat Kingsman di UK dengan menggodam pangkalan data Kingsman. Eggsy yang ketika itu makan malam bersama keluarga bakal mertuanya (Raja Sweden), terselamat bersama Merlin yang maklumatnya tidak diletakkan dalam pangkalan data Kingsman.
Oleh kerana Kingsman UK telah dihapuskan Eggsy telah mengikuti protokol Doomsday yang mengarahkan mereka ke Kentucky, USA di mana mereka diperkenalkan kepada organisasi Statesman, iaitu organisasi sama dengan Kingsman, tetapi merupakan cawangan Amerika. Statesman juga menyimpan satu kejutan menarik kepada Eggy dan Merlin. Apakah kejutan itu? Tontonlah sendiri filem ini.
Mereka kemudian bekerjasama untuk menyiasat siapakah di sebalik Golden Circle. Sementara itu Golden Circle telah mencemarkan bekalan dadah dengan virus yang telah direka untuk membunuh penggunanya secara perlahan dan mengugut presiden Amerika untuk membenarkan operasi jual beli dan penggunaan dadah di Amerika untuk mendapatkan penawarnya.
Mampukan kumpulan Kingsman dan Statesman menyelamatkan dunia? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Thursday 19 October 2017

'Selimut' scene Berenang


Babak berenang juga merupakan pergerakan yang agak sukar. Video rujukan ada tetapi pergerakan untuk si Ayip agak terbatas, kerana di bahagian lengan dia mudah terkepak..haha

Untuk membuat pergerakan dia dengan menentukan pergerakan masa sebenar memang susah. Kena perbetulkan timeline di 3ds Max untuk menampakkan pergerakan yang sempurna.

Wednesday 18 October 2017

'Selimut' scene Ayip sedang tidur



Babak si Ayip sedang lena agak ni agak sukar kerana tiada video rujukan. Oleh itu, terpaksa la buat rujukan merekod diri sendiri tidur. Banyak shot juga la ikutkan untuk mendapatkan mood tidur ini. Video ni memang nampak macam singkat, tetapi nak buat animation ni agak la lama.



Ini babak footage dimana Ayip sedang tidur di atas katil.



Tuesday 10 October 2017

Mesti korang penah dengar lagu ni kan. Nyanyian kumpulan indie-band HUJAN. Aku suka ngan liriknya yang ada makna mendalam. Zaman ni dah banyak band-band indie yang fames, salah satu band Hujan ni la yang aku minat dengar lagu dia sampai terbuai lena la kalau dengar.

Banyak lagu-lagu hujan yang aku dengar, ini yang selalu buat terasa emosi sedikit..haha





Bila, aku sudah tiada 
Simpan semua lagu ku 
Jangan di tangis selalu 

Mungkin, itu sementara 

Bila jumpa pengganti ku 
jangan di lupakan aku 

Pagi itu indah seperti biasa 

Tidur yang lena terhenti di sana 
Layap kuyu masih tak terdaya 
Bukalah tingkap mu Curahkan cahaya… 

Siapa yang sangka 

Bila tiba masa kita 
Untuk pergi selamanya 

Takkan terduga 

Jika saat ni Tuhan tentukan 
Aku lah orangnya 

ulang(bila)


Gelak tawa tangisan yang hiba 

Kenangan kita masa di dunia 
Alangkah indahnya jika 
Kita mampu hidup selamanya…

Wednesday 4 October 2017

BAD GENIUS [REVIEW]

Bad Genius mengisahkan seorang genius bernama Lynn yang bijak sehingga mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah swasta terkenal. Pada hari pertama beliau masuk ke sekolah, belau telah mendapat seorang kawan baik bernama Grace. Mengetahui Lynn seorang genius, Grace meminta Lynn menjadi tutornya untuk subjek metametik. Sungguhpun beliau telah di ajar, Grace masih tidak mampu untuk menjawab soalan tersebut dan memaksa Lynn untuk membuat helah untuk memberikan jawapan kepadanya. Mujur jawapan yang diminta itu objektif, kalau la ia subjektif bagaimana untuk Lynn menulisnya.



Walaupun Lynn bukan bermaksud untuk membantu Grace meniru jawapan dalam peperiksaan, akan tetapi ia memberikan dia kelebihan untuk membuat keuntungan kerana ramai pelajar-pelajar yang kaya menawarkan bayaran untuk mendapatkan jawapan peperiksaan. Cara bijak untuk beliau memberitau jawapan A, B, C ataupun D ialah dengan mengajuk bermain piano.

Namun datanglah seorang persaingnya lelaki, Bank. dia merupakan pelajar baru di situ dan merupakan seorang jujur dan amanah. Bagaimanakah kesan yang diberikan kepada Lynn?
untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini.

Tuesday 3 October 2017

Lukisan Abstrak


Ini juga merupakan media yang aku jarang sekali menggunakan, akrilik di atas kanvas a2. Aku dah la takde asas dalam menggunakan bahan akrilik ni, nak pula atas permukaan yang besar lagi la aku fail. Aku tak pandai lukis benda yang besar ni, sebab aku tahu mesti cacat banyak la..haha

Awalnya, aku nak buat corak berasaskan dua warna merah dan biru. Aku campurkan dua warna ni dan baru membuat ukiran. Lepas itu, aku cuba untuk menimbulkan testur di atas permukaan kanvas bagi nampak menarik seperti yang di khabarkan oleh Mr. M. Aku mencuba tetapi tidak dapat testur yang diinginkan dan ini lah hasil terakhirnya.

Monday 2 October 2017

Potret - Model Alang Syeran (Syeran Skynight)


Dalam kelas ni, Mr. M memberikan task untuk melukis sebuah potret dengan menggunakan media arang di atas kertas a2. Ikutkan Mr. M menyuruh lukis di atas kertas a1 tetapi dia memikirkan student nya. 

Aku arang memang dari sekolah tak ada belajar dengan arang ni. Memang ini benda baru la, yang merisau kan aku bagaimana untuk memadamkannya jika ada kesalahan. Arang kan, lagi kita padam lagi la comot..haha


Inilah model bagi potret ni, namanya Mohd Syahiran. Beliau merupakan senior aku, artwork dia semua menarik belaka tak percaya nanti boleh pm dia kalau mahu.

Sunday 1 October 2017

Lukisan pasar kelas illustration dengan menggunakan media watercolor


Awalnya agak risau juga la bila disuruh menggunakan watercolor. Almaklumlah, kawan ni dah la tak pandai memilih warna kena pula warna air ni lagi la kawan takut nak mewarna. Bukan takut dengan warna, tapi takut lukis tu elok-elok ada rupa bila diwarnakan tak nampak dah rupa asal..haha

Nak tak nak memang kena siap juga la lukisan ni, kena la menuntut dengan orang mahir. Aku pun suruh si Mel ajar aku menggunakan watercolor ni. 

Tuesday 30 May 2017

PUBG

Sementara permainan video lain mengambil masa sehingga bertahun-tahun untuk mengumpul peminat setia, ternyata Player Unknown Battleground menunjukkan sebaliknya apabila begitu mudah menduduki tangga teratas sebagai permainan paling kerap dimainkan di perisian Steam.
Permainan itu yang juga dikenali sebagai PUBG pernah mencatatkan 870,000 pengguna aktif, sekali gus mendahului angka dimiliki Dota 2 (840,000) pada hujung Ogos lalu.
Image result for pubg
Ia juga mencatatkan 10 juta jualan tidak sampai setahun dikeluarkan kepada pengguna. Malah, game itu turut tergolong dalam lima yang teratas di aplikasi Twitch dan mencatatkan jumlah tontonan agak tinggi di YouTube berserta penstriman video dalam kalangan pengguna YouTube serata dunia.
Bagi yang tidak tahu, PUBG adalah permainan tembak-menembak dalam kategori Multiplayer Online Battle Royale yang menempatkan satu hingga 100 pemain dalam sebuah pulau bagi mencari senjata dan kelengkapan untuk membunuh pemain lain.

Image result for pubg
Lebih menarik, pemain dengan jumlah pembunuhan tertinggi, jumlah masa terselamat dan jumlah serangan dikenakan kepada pemain lain akan mendapat mata wang digital atau ‘in game currency’ yang boleh digunakan untuk membeli barangan kosmetik bagi mengubah penampilan karakter mereka.
Related image
Buat sementara ini, ia boleh dimainkan di perisian Steam (PC). Pasaran untuk Xbox One diumumkan akan tiba pada tahun ini manakala bagi Playstation 4 masih belum lagi diumumkan.
Populariti permainan video ini yang naik mendadak mencetuskan idea kepada pembangun lain untuk membangunkan konsep sama contohnya seperti Fortnite Battle Royale.

Wednesday 10 May 2017

Lukisan Zaman Sekolah

Kebanyakan lukisan ni pengaruh dari buku komik gempak starz, cerita under 18 karya Zint. Cerita ia mengisahkan tentang budak sekolah yang nakal yang sering berlaku pergaduhan dengan sekolah lain dan orang luar. 


Selain itu, pengaruh dari budak street art atau graffity. Benda ni dari Form 2 dah start ikut orang buat art, kalau orang luar panggil benda-benda macam ni vandelism. Mungkin sebab tempat umum kan, itu yang kebanyakkan budak-budak art menunjukkan hasilnya.


No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Wednesday 3 May 2017

Model Latar Belakang

Selepas memodelkan semua watak dalam 3ds Max, saya memodel latar belakang yang wujud di tempat kejadian. Pemandangan saya berada di dalam rumah. Jadi, saya cuba memodelkan rumah yang kelihatan mudah. Saya juga mengubah perabot yang terdapat di dalam rumah seperti sofa, meja makan, televisyen, tenggelam dan lain-lain. Watak saya hanya animasi di ruang tamu dan bilik tidur. Kebanyakan animasi saya animasi di dimensi lain dan ada beberapa perkara yang ada dalam dimensi itu.




Saya memaparkan beberapa perkara yang tidak begitu banyak di tempat kejadian kerana saya ingin menjadikannya kelihatan seperti sebuah rumah dengan perabot penuh. Barang-barang seperti kabinet, tenggelam, mandi dan tempat tidur di bilik tidur utama.



Saturday 29 April 2017

Proses Mencipta si Ayip

Selepas mendapat kelulusan daripada Mr. M untuk imej kecil saya, akhirnya saya boleh membuat pemodelan watak saya. Untuk watak utama saya, saya akan modelnya dalam 3D dan menggunakan tulang CAT sebagai tulang untuk tujuan animasi. Untuk memberikan tekstur model saya, saya menggunakan adobe photoshop untuk menyediakan tekstur yang sesuai dengan watak saya. 


Selepas menyelesaikan model dan memohon tekstur kepada model 3D untuk animasi saya, watak-watak dalam animasi kemudian dicincang dengan tulang mereka yang ditetapkan. Kemudian ujian akan dijalankan untuk melihat apakah aksara bergerak dengan baik dengan tulang dan tidak merobohkan. Dengan fasa ujian berakhir untuk watak itu, saya mula mengerjakan alat peraga untuk rumah watak itu. Akhirnya, saya mengikuti papan cerita yang saya perlu memulakan animasi saya dengan.

Thursday 13 April 2017

Thumbnails

Thumbnail adalah proses pertama yang memerlukan kelulusan oleh penyelaras kami. Kenapa kita bermula dengan lakaran kecil? Kerana kita dapat menunjukkan aliran cerita kita yang visual dengan jalan cerita dan menarik panel floe oleh panel pada gambar kecil. Selain itu, ia mudah difahami dan orang ramai dapat memerhatikan dengan baik dan dapat membayangkan apa yang kita cuba sampaikan.


Thursday 6 April 2017

Reka Bentuk Watak

Dalam filem animasi pendek animasi ini, saya hanya mempunyai satu watak yang bernama Ayip. Ayip adalah watak utama. Selain itu, terdapat beberapa alat penting dalam animasi ini selimut dan alat lain di bilik tidur. Saya mahu menjadikan watak saya meriah adalah personaliti. Saya bermula dengan, kemudian pemulihan watak dan watak dengan pelbagai jenis pose.


Sunday 2 April 2017

My friends


This is my friend. Ini kawan saya.
We are poyo. Kami poyo.
Friends forever. Sahabat selamanya.