Pages

Wednesday 4 October 2017

BAD GENIUS [REVIEW]

Bad Genius mengisahkan seorang genius bernama Lynn yang bijak sehingga mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah swasta terkenal. Pada hari pertama beliau masuk ke sekolah, belau telah mendapat seorang kawan baik bernama Grace. Mengetahui Lynn seorang genius, Grace meminta Lynn menjadi tutornya untuk subjek metametik. Sungguhpun beliau telah di ajar, Grace masih tidak mampu untuk menjawab soalan tersebut dan memaksa Lynn untuk membuat helah untuk memberikan jawapan kepadanya. Mujur jawapan yang diminta itu objektif, kalau la ia subjektif bagaimana untuk Lynn menulisnya.



Walaupun Lynn bukan bermaksud untuk membantu Grace meniru jawapan dalam peperiksaan, akan tetapi ia memberikan dia kelebihan untuk membuat keuntungan kerana ramai pelajar-pelajar yang kaya menawarkan bayaran untuk mendapatkan jawapan peperiksaan. Cara bijak untuk beliau memberitau jawapan A, B, C ataupun D ialah dengan mengajuk bermain piano.

Namun datanglah seorang persaingnya lelaki, Bank. dia merupakan pelajar baru di situ dan merupakan seorang jujur dan amanah. Bagaimanakah kesan yang diberikan kepada Lynn?
untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini.

No comments:

Post a Comment