Pages

Friday 10 November 2017

Wan Hazmer Umumkan Studio Permainan Video Beliau, Metronomik


Wan Hazmer, terkenal dikalangan pemain di Malaysia mengumumkan studio pemaju permainan video beliau, Metronomik. Ini adalah studio baharu beilau selepas meninggalkan Square Enix.
Melalui pengumuman beliau di halaman Facebook, nama studio dan tujuan studio tersebut diumum. Mengambil dari frasa Inggeris “metronome”, ianya mempunyai nama yang unik dan dieja didalam Bahasa Malaysia.
“I’m a firm believer that rhythm is a huge part of our lives,… However, considering that games imitate life nowadays, rhythm is sadly under-utilized in videos games, and even its industry as a whole.
“Like how music integrates with gameplay. How individual and collective pace affect production and private lives. How precisely-planned momentum can drive an industry to grow exponentially. And how an open and empty sheet of music can educate young minds.”
Ini tidak bermakna bahawa beliau akan membina permainan yang berdasarkan dari irama atau muzik. Idea disini adalah untuk mengembangkan keserasian audio dan gameplay untuk digunakan didalam permainan video masing-masing. Kita semua mungkin telah menyedari konsep yang serupa namun visi Hazmer ingin pergi lebih jauh.
Metronomik akan ditempatkan di Komune, Bangsar South, sebuah tempat yang sama dimana terletaknya LevelUp Inc, program inkubator oleh MDEC untuk membantu pemaju permainan video kecil / indie di Malaysia. Beliau juga membuka sebuah lagi cawangan (khusus untuk tujuan pejabat perniagaan) di Tokyo.
Jikalau anda rasa anda layak untuk menyertai pasukan Metronomik, mereka juga membuka beberapa posisi untuk kerjaya anda.
Artikel Asal: Gamer Matters

No comments:

Post a Comment