Pages

Friday 3 November 2017

Kingsman The Golden Circle [Review]



Filem Kingsman pertama sememangnya sebuah filem yang menghiburkan dan kebanyakan orang yang telah menontonnya, rata-rata menyukai filem tersebut. Kini, sekuelnya, Kingsman The Golden Circle, telah mula ditayangkan di pawagam setelah lebih 2 tahun filem pertama ditayangkan dan kami berpeluang menontonnya di pawagam.
Kingsman: The Golden Circle | Watch Movies Online
Setelah “kematian” Harry dalam filem pertama, Eggsy kini telah menjadi seorang agen kanan dalam Kingsman dengan nama agen Galahad (menggantikan Harry). Semuanya baik-baik sahaja sehingga seorang ketua kartel dadah terbesar dunia, bernama Poppy Adams, CEO Golden Circle telah menyasarkan dan menghapuskan semua agen dan ibupejabat Kingsman di UK dengan menggodam pangkalan data Kingsman. Eggsy yang ketika itu makan malam bersama keluarga bakal mertuanya (Raja Sweden), terselamat bersama Merlin yang maklumatnya tidak diletakkan dalam pangkalan data Kingsman.
Oleh kerana Kingsman UK telah dihapuskan Eggsy telah mengikuti protokol Doomsday yang mengarahkan mereka ke Kentucky, USA di mana mereka diperkenalkan kepada organisasi Statesman, iaitu organisasi sama dengan Kingsman, tetapi merupakan cawangan Amerika. Statesman juga menyimpan satu kejutan menarik kepada Eggy dan Merlin. Apakah kejutan itu? Tontonlah sendiri filem ini.
Mereka kemudian bekerjasama untuk menyiasat siapakah di sebalik Golden Circle. Sementara itu Golden Circle telah mencemarkan bekalan dadah dengan virus yang telah direka untuk membunuh penggunanya secara perlahan dan mengugut presiden Amerika untuk membenarkan operasi jual beli dan penggunaan dadah di Amerika untuk mendapatkan penawarnya.
Mampukan kumpulan Kingsman dan Statesman menyelamatkan dunia? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

No comments:

Post a Comment